Rabu, 11 Januari 2012

KONFIGURASI SERVER

 

 
             PENGENALAN

Ia merupakan perkakasan yang diperlukan untuk melakukan satu jaringan komputer dimana data dan maklumat boleh dicapai oleh pengguna dari satu komputer ke computer yang lain. Rangkaian komputer merujuk kepada suatu sistem ynag menghubungkan sekumpulan komputer dan peranti sokongan lain ( seperti pencetak, pengimbas dan sebagainya ) yang disambungkan atau dihubungkan antara satu sama lain. Dengan adanya sistem rangkaian ( SENARAI PERSEDIAAN INSTALLLASI )komputer, pelbagai kemudahan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas.
  
                  PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM SISTEM RANGKAIAN
         KOMPUTER

                 Peralatan yang diperlukan untuk membina sistem rangkaian terdiri
                daripada perkakasan yang digunakan untuk melakukan
                pemprosesan dan komunikasi data di dalam suatu rangkaian yang
                utama.



Pelayan Fail ( SERVER )

-        Komputer pelayan merupakan penggerak utama system rangkaian. Ia merupakan sesebuah komputer yang berkeupayaan tinggi dengan RAM, Ruang Storan dan kad antaramuka rangkaian yang besar dan laju.

  Stesen Kerja ( Workstation )

-   Semua komputer yang dihubungkan ke pelayan komputer dinamakan stesyen kerja(Workstations).Komputer yang dihubungkan dalam rangkaian perlu dilengkapi dengan kad antaramuka,perisian rangkan dan kabel yang bersesuaian. 

 
 Kad Antaramuka Rangkaian ( Network Interface Card@NIC )

-          Kad antaramuka rangkaian atau lebih dikenali sebagai NIC  merupakan satu kad yang diinstall ke dalam komputer untuk tujuan rangkaian (network).Di mana ianya berfungsi untuk membuat rangkaian antara komputer.Tanpa peranti ini komputer tidak boleh berada dalam rangkaian.

HUB

-          Merupakan alat yang menyediakan titik sambungan berpusat untuk stesyen kerja,computer pelayan atau peranti lain.Penyambungan daripada komputer akan disatukan pada hub untuk menjadikannya satu rangkaian. 


Modem

-          Modem merupakan nama singkatan bagi Modulator
      Demodulator.Ia merupakan satu peranti yang
      digunakan untuk penghantaran data dan
      maklumat ke dalam sistem rangkaian.  


Pengulang ( Repeaters )

-          Peralatan yang dipanggil pengulang diperlukan untuk meningkatkan keupayaan signal hilang keupayaannya semasa signal bergerak, iaitu semasa proses pencapaian atau penyimpanan dalam rangkaian. 


Jambatan ( Bridges )

-          Alat yang membolehkan  pemisahan dilakukan terhadap suatu rangkaian yang besar kepada dua rangkaian yang lebih kecil untuk meningkatkan keberkesanan rangkaian.Ia juga boleh digunakan untuk menghubungkan rangkaian yang lama dengan rangkaian yang baru dibina.

Router ( Routers )

-          Routers memindahkan maklumat dari satu rangkaian lain secara lebih baik. Ia berupaya memilih jejak atau laluan terbaik untuk menghantar suatu maklumat bergantung kepada alamat destinasi
      dan tempat yang ingin dituju. Ia mengawal lalulintas
      untuk  mengelakkan berlakunya pelanggaran
      maklumat dan menentukan proses menghantar
      maklumat mengikut jalan pintas


 JENIS-JENIS RANGKAIAN KOMPUTER

            Terdapat 3 jenis rangkaian komputer yang utama :-



a)          Rangkaian Komputer Meluas (Wide Area Network –WAN)

     Mewakili Rangkaian komputer yang terpisah oleh jarak dan lokasi geografi yang jauh.  Menggunakan wayar telefon khas, gentian optik , gelombang mikro ataupun setelit bagi tujuan komunikasi.  Contohnya ,melalui rangkaian komputer jenis ini, pengguna berupaya mendapatkan maklumat dari mana saja walau dimana dia berada.

b)          Rangkaian Komputer Metropolitan
        (Metropolitan Area Network – MAN)

      Merangkumi kawasan yang lebih kecil daripada WAN. 
Merangkumi kawasan yan besar, seperti sebuah Bandar atau Daerah.  Beberapa gabungan LAN boleh membentuk  suatu rangkaian jenis ini.Contohnya, satu sistem sekolah- sekolah dalam satu daerah dihubungkan kepada pelayan komputer di Pejabat Pendidikan Daerah dan dihubungkan kepada pelayan komputer di Pejabat Pendidikan Negeri.

a)           Rangkaian Komputer Setempat (Local Area Network –LAN)


   Merupakan sekumpulan komputer yang berkongsi samada perkakasan ,perisian atau data.  Ia merupakan satu rangkaian komputer yang berada berdekatan misalnya dalam satu bangunan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...