Jumaat, 30 September 2011

Perjalanan kehidupan berkemahiranku....


]
Kemahiran.. Ooo.. Kemahiran....
Dahulu takde sesiape yang memandang kemahiran ne...
Semua mengaggap bidang kemahiran adalah suatu bidang yang selalunya dan semestinya dikuasai aka dipenuhi orang mereka yang lemah2 dalam bidang akademik.....

Adakah ne semua betol???



Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )
Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2    
 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
 Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5













Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.
Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
 Persijilan Kemahiran diiktirad oleh industri di Malaysia
 Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
 Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
 Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)


Aku yang perasan.... sha la la....















30 minit lepas....
Time balik seperti biase kul 5 pm dengan motoku...
Petang yang ok , angin yang nyaman sungguh...
Sampailah pada  satu lampu isyarat... 
Cam biase ar pandang kiri kanan...
Tetiba ade awek sebelah aku ne memberi isyarat tangan ke kepalanya kepadaku..
Aku tak faham lalu aku biarkan je...
Awek to usaha lagi buat benda yang sama...
dalam hati aku bercakap "tau ar rambut lawa takyah ar tunjuk" lalu aku buat tak tau...
last2 awek to turunkan cerminnya lalu berkate "Abang ensem bawak moto tak pakai helmet ke?? " Opsss.... 
Baru aku sedar aku tak berhelmat.... 
Terus pusing balik office. 
kakaka... Sha lalala....














Tapi bukan helmat yang cam ne tau... kiter kan rakyat malaysia mesti mengikut standard yang ditetapkan...












 Yang ne baru ar yang terbaik... hux3...



Alat keselamatan yang paling penting bagi penunggang motosikal ialah topi keledar, atau helmet. Benda ni paling mustahak sebab menjaga bahagian paling penting kat badan kita iaitu kepala. Ada bermacam jenis helmet yang ada di pasaran sekarang. Pilihlah yang berkualiti, dari jenama yang terbukti keberkesanannya, dan ada pengesahan. Kadang-kadang ada jugak helmet murah, yang mana span paddingnya senipis setengah inci sahaja. Kulit luarnya pun nipis. Tapi ada jugak yang bercop sirim. Tak tau la nak kata macam mana boleh lulus test. Jadi kalau nak pilih, kalau kita pegang pun dah rasa tak selamat, ringan semacam je, go for another choice. Memang selesa pakai yang ringan, tapi kalau helmet pun boleh pecah, kepala apatah lagi kan?

Dalam memilih helmet, kalau boleh pilihlah yang 'fullface', iaitu yang ada penutup mulut tu. Macam yang selalu orang pakai motor berkuasa besar pakai. Tak kisah la walaupun kita ni pakai 'kapcai' je pun. Memang sesetengah orang akan pandang serong, dan kadang-kadang berkata,"Eleh, pakai kapcai pun beria nak pakai 'fullface', macam lah bawak motor besar". Ingat jatuh pakai motor besar je ke yang sakit? Esok dah jatuh, rahang beralih, dagu berlubang, bibir sumbing, gigi patah, mana nak carik ganti? Memang tak dinafikan, harganya lebih mahal dari helmet jenis 'open face'. Tapi pelaburan untuk jangka masa panjang mampu menyelamatkan nyawa kita.


Rabu, 28 September 2011

Bagai Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul




Bagai Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul....














Peribahasa ini sebenarnya mengambil ketam sebagai analogi. Perhatikan ketam berjalan. Ketam tidak berjalan mengikut arah muka atau hadapannya tetapi berjalan ke tepi atau secara mengiring. Disebabkan sifat itulah maka tenungan dan pemerhatian orang-orang Melayu dahulu menghasilkan peribahasa “bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul” ini.
Dalam lain perkataan, ungkapan yang sering kita sebut pada masa kini yang hampir seerti dengan peribahasa ini ialah “cakap tidak serupa bikin” atau “bikin tidak serupa cakap”. Maksudnya perbuatan atau tindakan seseorang yang tidak selari dengan apa yang dicakapkannya.


Isnin, 26 September 2011

Tanggungjawabku....



Tanggungjawabku....





Walaupun bukan untuk diri sendiri...
Sanggup mengadapnya....





Pengorbanan aku...









Pengorbanan Untuk Orang lain...

Apakah maksud istilah ini? Istilah seperti ini sering berkumandang di telinga terutamanya di musim Hari Raya Aidil Adha ini. Istilah sebesar ini semestinya membawa pengertian yang pelbagai dan boleh merungkai pelbagai maksud dan andaian yang tersendiri. Hakikatnya, pengorbanan adalah berlandaskan jiwa itu sendiri samada ianya menggambarkan niat sebenar dihati ataupun tidak.

Cuba kita lari dari memikirkan maksud besar istilah pengorbanan itu dan kita beralih kepada perbuatan yang menggambarkan pengorbanan itu sendiri. Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku mengenai pengorbanan:-

Kita sering melalukan pengorbanan. Hakikatnya pengorbanan itu mestilah dilakukan dengan ikhlas. Ya, ikhlas, ayat yang amat tepat untuk orang yang betul-betul mampu untuk melaksanakannya. Bagi aku, yang hati tidak berapa teguh ini, kadang kala terfikir, adakah aku betul-betul ikhlas? Tidak adakah secebis perasaan seperti sesuatu pengorbanan itu memerlukan balasaan yang setimpal...secebis mungkin banyak...apa kata sekelumit perasaan? Sebagai manusia biasa, aku tidak mungkin lari daripada memikirkan semua itu. Bila sesuatu pengorbanan yang dilakukan itu tidak mendapat sekelumit ganjaran, kadang kala timbul perasaan tidak puas hati. Hurm, persoalan yang sukar untuk dijawab. Biarlah perasaan tidak puas hati itu wujud, aku percaya perasaan itu akan luput dan hilang bila masa berlalu. Memendam perasaan mungkin cara yang salah tapi mungkin juga cara yang terbaik bagi aku. Tepuk dada, tanya selera.

Oleh kerana iman dihati ini tidaklah setebal mana, kadang kala terpikir dunia ini tidak adil. Seringkali apabila mendengar orang berkata dunia tidak adil , kita sering mencantas kata-kata itu dengan mengatakan setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kita harus bersabar. Memang benar, tapi bila sesuatu yang mengecewakan dan menghampakan berlaku keatas diri sendiri , barulah kita sedar meungkapkan kata-kata itu merupakan perkara yang mudah untuk dilakukan. Hurm, mungkin bersabar adalah perkara yang terbaik, dan ini mungkin salah satu pengorbanan. Alamilah sendiri, apabila memberi nasihat, letak diri dalam keadaan itu.

Apabila melakukan sesuatu pengorbanan, pada mulanya kita terfikir, pengorbanan itu kecil dan biasa sahaja. Apabila dibandingkan dengan orang lain, mengapa orang lain tidak melakukan perkara yang sama , dalam erti kata lain tidak melakukan pengorbanan macam kita lakukan, tetapi dia mempunyai kehidupan atau kesenangan yang lebih baik dalam hidupnya. Selepas itu kita akan terfikir, mengapa kita harus melakukan pengorbanan itu? Adilkah semua ini. Situasi semua ini memerlukan satu jawapan. Dan, bagi aku , aku mungkin telah temui jawapannya, semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tapi jawapan itu hanya aku dapat setelah aku berfikir untuk sekian lama. Hurm...dunia.

Mungkin aku salah dalam mentafsirkan semua itu dan inilah aku, seorang insan biasa. Bagi orang yang sentiasa mempunya nasib yang baik dalam hidupnya, bersyukurkah dan jagalah apa yang diperolehi dengan sebaiknya . Tapi, bagi orang yang nasib sentiasa tidak menyebelahinya, bersabarlah dan ingatlah satu perkara, setiap perkara ada hikmah disebaliknya. Dunia hanya sementara, selagi kita bersabar dan redha, kehidupan yang lebih baik mungkin menanti kita di akhirat kelak. Inilah satu pengorbanan yang besar dalam hidup kita.


Ahad, 25 September 2011

Adab/Tanggungjawab seorang Anak terhadap Ibubapa...

Adab/Tanggungjawab seorang Anak terhadap Ibubapa




Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banya.

Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong

Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:
1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .

3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.

4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.

5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'
" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"

6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.

7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.

8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.

9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.

10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.

11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.


“Rintihan Seorang Ibu"



“Rintihan Seorang Ibu"




Muslimin yang di Rahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:“RINTIHAN SEORANG IBU”.


Muslimin yang di Rahmati Allah,
Ibu-bapa merupakan insan yang paling mulia dalam kehidupan kerana itulah agama Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada mereka. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi  nilainya. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.


Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu-bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.


Mungkin ada antara kita pada ketika ini ibu-bapanya telah pergi buat selama-lamanya, kita mendoakan roh-roh mereka ini ditempatkan dikalangan suhada dan solihin. Sekiranya ibu-bapa kita masih bersama dengan kita di dunia ini, marilah sama-sama kita mengingati mereka, mungkin pada ketika ini ibu-bapa kita berada jauh di kampung sana, di rumah yang usang, ketika hujan mereka kebasahan, ketika kemarau mereka kekeringan, kadang-kala ibu-bapa kita berada dalam kelaparan dan keperitan akibat kesempitan hidup, sedangkan kita sebagai anak-anaknya yang berada di kota ini dalam kemewahan dan tidak merasa itu semua. Kasih sayang kepada anak-anak sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang-malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Segala kesusahan dan penderitaan tidak pernah dikongsi bersama dengan anak-anak.


Mimbar mengingati jemaah sekalian, ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.  Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:


Maksudnya:“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


Muslimin yang di Rahmati Allah,
Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Mimbar mengingatkan, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?. Cukupkah dengan sekadar kita mengirim duit sebagai penganti diri bagi membayar setitis air mata ibu akibat rindu kepulangan si anak?. Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.


Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu. Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:


Maksudnya:“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”

Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :

Maksudnya:“Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.” (Riwayat al- Bukhari)

Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan mengendung ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah dengan ini saya telah melaksanakan kewajipan saya kepadanya? Rasulullah SAW menjawab “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali hembusan nafas ketika ibumu melahirkanmu.” Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata bahawa beliau pernah bertanya Rasulullah SAW tentang amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah”.


Betapa besarnya pengorbanan ibu-bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Berdasarkan pemerhatian mimbar, ada anak-anak yang sanggup membuang dan menyisih ibu-bapanya.Mereka ini sanggup meninggalkan ibu-bapa mereka di rumah kebajikan atas alasan tidak sanggup melayan kerenah ibu-bapa yang semakin tua. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga kini seramai 1857 orang ibu-bapa di tempatkan di rumah Seri Kenangan tanpa kasih-sayang dari anak-anak. Mereka ini merintih keseorangan dengan mengharap anak-anak sentiasa mendampingi mereka.


Muslimin yang di Rahmati Allah,
Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat Islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu-bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Amru bin al-'As RA bertanya Rasulullah SAW tentang dosa besar. Sabda Baginda: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.


Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, bahawa menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup sahaja tetapi sebenarnya berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Menurut Abu Darda’, Allah SWT telah menempatkan roh orang mukmin di sebuah perkampungan di langit ketujuh yang diberi nama Darul Baida’.Dari sana roh orang mukmin sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat amalan atau kegiatan manusia yang masih hidup di dunia khususnya anak-anak atau kaum kerabat mereka.


Roh sentiasa bertanya khabar kepada jenazah yang baru tiba di alam arwah terutama tentang kehidupan keluarga mereka di dunia. Setiap hari amalan umat Muhammad diangkat ke langit dan segala amalan tersebut dipertonton kepada roh ibu- bapa kita. Oleh itu gembirakanlah roh ibu-bapa kita dengan amalan soleh semasa kita masih hidup di duna ini. Roh ibu-bapa akan sakit, tersiksa dan menderita jika melihat amalan anak-anak mereka terlibat melakukan dosa besar seperti berzina, berjudi, minum arak, rasuah, memfitnah orang, bersubahat melakukan kezaliman, penganiayaan dan perbuataan maksiat lain.


Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran dan bukti adakah kita yang masih hidup ini sebenar-benar menyayangi ibu-bapa kita. Apalah gunanya anak-anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu, setiap tahun sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan dan melakukan dosa besar. Rasulullah SAW bersabda:


Mafhumnya: “Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka kalau amal perbuatan kamu itu baik-mereka gembira mengetahuinya, dan kalau sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata :‘ Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah petunjuk, sebagaimana engkau telah memberi hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman)”. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)


Muslimin yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu-bapa  setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada mereka. Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.


Perlu kita insafi bahawa ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibu-bapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT  Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:


Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24)




Dunia ku skarang.....





Duniaku adalah Pendidik skarang....
Selamat datang untuk diriku.....
Semoganya berjalan seperti yang dirancang...
Mohon dijauhi segala yang tak baik2...
Ikhlaskan hati Dalam setiap perbuatan yang kiter lakukan..




















Membuat sesuatu bukan untuk mendapatkan balasan serta penghargaan...
Cukuplah sekadar mengamalkan segala ilmu yang diberikan...
Walaupun dalam kadar yang sedikit ilmu yang diberikan tapi keberkatan to yang paling penting dan perlu dicari...
Tuntutlah ilmu sehingga ke menara gading...
Juga tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat sekalipun...
Untuk para sahabat2/ teman2/ kawan2 ku sekalian... Teruskan mencari ilmu....
Jangan memikirkan orang lain... Kiter Dahulukan diri kiter... Lantak ar ape yang orang nak fikirkan...
Rezeki masing2... Kalau baik benihnya kalau tercampak maner2 pun pasti menjadi & berjaya...
Orang takleh nak mengubah masa depan kiter kecuali diri  kiter sendiri yang mengubahnya mengikut tahap dan kebolehan kiter yang sedia ada....
Akhir kate dari Are bulls : buatlah ape yang terbaik untuk mase depan kauorang semua... Perubahan diperlukan untuk mencapai matlamat dan cita2 kiter.... Kejarlah matlamat tersebut kerana dengan to kiter mengetahui tahap kehidupan kiter....
Are bulls Sayangkan semua sahabat2/teman2/rakan2/kawan2.....

Sabtu, 24 September 2011

Salam Ingatan Buat Sahabat




Salam Ingatan Buat Sahabat....

Persahabatan kekal untuk selamanya...


Pertemuan telah ditaqdirkan,
Antara kita tidak pernah dirancang,
Manalah taqdir hendak dilawan,
Semuanya ketentuan Tuhan.

Wahai sahabat sematkan semua kenangan,
Yang telah bersama-sama kita lalui,
Suka dan duka memburu impian,
Moga teguhnya ikatan ini,

Sahabat,
Yang amat kukasihi,
Susah senang kau di sampingku,
Kehadiran dikau disisi,
Mengubat sepi dihatiku,

Sahabat yang amat kucintai,
Susah senang kau di samping,
Walau kini hilang di mata,
Namun kau tetap dihatiku,

Sahabat bertuahnya ku rasa,
Mendapat teman sepertimu,
Membimbing menasihatiku,
Hanya Satu Dalam Seribu,

Namun kini,
Hanyalah tinggal kenangan,
Pertemuan kita di lamar perpisahan,
Kemesraan bermekar di akhir perkenalan,
Sayu menitiskan air mataku. 

Ahad, 18 September 2011

Jauhi perasaan iri hati dan hasad dengki



SALAH satu sifat terkeji ialah perasaan iri hati dan dengki. Dengki ertinya perasaan tidak senang terhadap orang yang mendapat nikmat dan sebaliknya merasa senang melihat orang kehilangan nikmat itu.
Orang yang mengharapkan hilangnya nikmat pada orang lain, adalah orang yang terkena penyakit yang bahaya yang dikhuatirkan akan menimpa masyarakat sehingga masyarakat tidak mampu bekerja dengan baik dan tenang. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Dan tidak berkumpul di dalam hati seorang hamba rasa iman dan iri hati.” (Riwayat al-Baihaqi).
Dan dalam hadis yang lain baginda bersabda yang tafsirnya:
“Hindarilah oleh kamu daripada hasad (dengki) kerana hasad itu memakan segala amal kebajikan bagaikan api memakan kayu.” (Riwayat Abu Daud).
Adapun orang yang membenci orang-orang yang mendapat nikmat dan mengharapkan terhalangnya nikmat itu kepada mereka, di waktu pagi atau petang adalah orang itu telah disesatkan oleh pelbagai macam kegelapan sehingga dia tidak mengetahui hakikat hidup sebenarnya kerana hatinya telah dipenuhi dan dirasuk oleh perasaan hasad.
Allah subhanahu wataala telah berfirman di dalam al-Quran yang tafsirnya:
“Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan limpah rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Surah Yunus : 57 – 58).
Sebagai orang yang mengaku dirinya beragama Islam dan beriman kepada Allah, kita harus mengetahui dan mengakui hakikat bahawa nikmat itu adalah anugerah Allah. Jika kita ingin berhasil dan berjaya seperti orang lain yang berhasil dan berjaya, hendaknyalah kita berpindah pandangan kepada Allah subhanahu wataala, meminta kurnia dan rahmat dari-Nya, kerana gudang-gudang nikmat dan rahmat-Nya bukan untuk dimonopoli oleh seorang hamba sahaja tetapi adalah untuk semua makhluk-Nya. Seterusnya kita harus memulai setiap usaha dengan doa dan usaha yang padu. Nabi Sulaiman alaihissalam telah meminta kurnia dan rahmat Allah subhanahu wataala dengan berdoa seperti yang terdapat di dalam al-Quran yang tafsirnya:
“Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.” (Surah Shaad : 35).
Kita sebagai kaum muslimin hendaklah selalu berdoa agar kita dan keturunan kita memperoleh ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup mencari anugerah Allah dengan melalui usaha dan ikhtiar yang merupakan perkara yang wajar, bukan dengan sikap iri hati dan dengki. Sedangkan cita-cita seseorang yang ingin sama orang lain; memiliki kenikmatan seperti yang dimiliki orang lain adalah wajar. Dalam hal ini Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah menunjukkan sesuatu yang patut ditempuh dengan cara berlumba-lumba mencari dan mendapatkan kurnia Allah sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Tidak boleh iri hati kecuali dalam dua perkara: 
1. Seorang yang diberi oleh Allah subhanahu wataala nikmat harta kekayaan lalu dipergunakannya untuk mempertahankan hak (kebenaran). 
2. Seorang yang diberi oleh Allah nikmat ilmu hikmat lalu dipergunakannya dan diajarkannya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Sama2lah kiter renungkan....

Dalam kehidupan kiter ne takyah ar nak mempunyai perasaan iri hati ne... tak kemana pun perasaan ne.. salah tempatnya akan memakan diri sendiri... baik takyah....

Wim... oooo... Wim....




WIM adalah bahan pembelajaran atau dokumen yg disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

komponen wim:
1)Plan mengajar (teori/amali) -kuning
2)kertas penerangan -putih
3)kertas tugasan - merah/pink
4)kertas kerja -biru


*tak dilupa pada tambahan2nya iaitu:
1)kertas tugasan khas - merah/pink
2)kertas penilaian pengetahuan (teori) - merah
3)kertas penilaian prestasi (amali)- biru


Ini adalah tanggungjawab semua pengajar kemahiran di malaysia termasuklah aku ne untuk menyediakan semua wim-wim mengikut kos dan bidang tertentu.... Sebenarnya bukan senang untuk membuat wim ne... Macam2 benda yang perlu diambik kira...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...