Sabtu, 13 Ogos 2011

Ego kan aku??


EGO!!! EGO!! EGO!!!!


mengikut pemahaman saya ego ialah satu perasaan yang bersifat angkuh,..

sifat-sifat
--seseorang yang mempunyai ego yang tinggi selalunya bersifat terlalu yakin pada diri sendiri, dia merasakan bahawa dia sangat hebat dan dapat memiliki apa saja benda yang dikehendaki oleh dirinya.
--seseorang yang ego juga biasanya seorang yang tidak boleh dicabar, atau "pantang di cabar". apabila perasaan ini timbul pada dirinya, dia akan melakukan dan menerima cabaran itu tanpa memikirkan akibat yang akan dihadapi selepas itu. Dia memikirkan bahawa dirinya adalah yang terhebat dan tidak ada sesiapapun boleh bersaing dengannya.
--perasaan ego muncul dalam semua diri manusia, yang pentingnya macammana seseorang manusia itu mengendalikan peresaan egonya.
-- ego, menybabkan diri seseorang menjadi yakin...terlalu yakin pada diri sendiri, melakukan perkara tanpa memikirkan kesan nya...

kesan
akibat ego, telah melukakan hatinya.
akibat ego, ku kehilangannya
akibat ego, kini keyakinan diriku musnah
akibat ego, kini hidupku kesepian
akibat ego, hidupku tak tentu arah
akibat ego, kurasakan kehilangan kedua-dua belah kakiku,
akibat ego, kini hanya tinggal kenangan
akibat ego, ku hidup dalam kekesalan
akibat ego, hidup ku terpaksa menunggu dan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin jadi milikku lagi.
kerana ego lah, hidup ku kini jadi begini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...