Khamis, 31 Mac 2011

Hidup Sihat .. Cegah Diabetes..

Apakah DIABETES??

Satu keadaaan di mana kandungan gula dalam darah seseorang melebihi paras normal untuk jangkamasa yang panjang. Diabetes terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika dibiarkan Diabetes akan menyebabkan komplikasi yang serius.

Faktor Risiko:

  1. Sejarah keluarga yang mengidap.
  2. Berat badan yang berlebihan
  3. Tidak aktif  secara fizikal
  4. Mengamalkan pemakanan tidak sihat
  5. Umur.
Gejala Diabetes :
  1. Sentiasa merasa dahaga
  2. kerap membuang air kecil
  3. Merasa letih dan lesu
  4. Susut berat badan walaupun berselera makan
  5. luka dan kudis Yang lambat sembuh
  6. gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan.
Komplikasi Diabetes:
  1. penyakit buah pinggang
  2. serangan jantung
  3. kebutaan
  4. koma atau tidak sedarkan diri
  5. tekanan darah tinggi
  6. strok
  7. penyakit saraf





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...